Thursday 25 August 2011

Sunday 14 August 2011

Thursday 7 July 2011

Balis 1 bakal berada di pasaran anda!

Salam Hormat kepada semua Warga Melaka,
Bermula 11hb Julai 2011, anda boleh dapatkan Balis 1 di

Kedai Buku Pintar Sdn. Bhd,
No.25 & 27, Jln CP2,
Taman Cheng Permai, Cheng,
75250, Melaka.
Tel/Fax: 06-3123310
Website: www.pintarbooks.com.my
e-mail: hema@pintarbooks.com.my

Maaf, untuk ketika ini server down untuk upload gambar kedai buku.

Sunday 19 June 2011

Mama Mia!..Mama Nia!..ke Mama Hia!..cari-cari!..

Aktiviti:
Mencari attribut atau suku kata yang kelihatan seakan-akan sama. Kanak-kanak mudah keliru dengan suku kata seperti ini hia,hai, nia, mia, mai, nia,nai, hia dan hai.Semuanya akan ada dalam BALIS 2.


Tuesday 24 May 2011

Rahsia terakhir BALIS 1 sebelum diterbitkan

Aktiviti:
Cari huruf-huruf I,F,T dan E. Mengapa? Melalui kajian penulis selama lebih 3 tahun, ini juga merupakan kekeliruan otak mentafsir huruf-huruf tersebut (ia berlaku pada sebahagian besar kumpulan kanak-kanak).
Justeru aktiviti seumpama ini icipta bagi mengatasi masalah ini.

Wednesday 18 May 2011

Lagi ciri-ciri unik!


Aktiviti: 
Kekeliruan otak mentafsir rupa bentuk bagi setiap huruf berikut seperti b, d, g, y, m, n, p, q menyebabkan kanak-kanak lambat membaca. Aktiviti diatas direka cipta bagi memberikan latihan yang mencukupi kepada kanak-kanak. Ada latihan lain seumpama ini di dalam BALIS 1 seperti menulis semula huruf2 ini dan mengenali perkataan yang bermula dengan huruf2 tersebut. Cut and paste dan cubakan aktiviti ini di rumah.

Friday 29 April 2011

Cari yang ini pula!

Salam Hormat,

Sudah pening kepala mencari perkataan yang bermula dengan asas 'ia' bagaimana kita beralih ke asas 'ua'
Tak mengapa, mari kita cuba yang dibawah ini.

Contohnya 'bua' iaitu 'buaya'. Lain-lain cuba lengkapkan di bawah;
1. bua
2.cua
3.dua
4.gua
5. hua
6.jua
7.kua
8.lua
9.mua
10.pua

Selamat Mencuba!!!

Wednesday 27 April 2011

Aulad Bistari Dan Masalah Anak Anda!


Berikut ini saya cut and paste beberapa masalah yg dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa di Malaysia, terutama pada usia pertama anak mengenali huruf.

Persoalan ini banyak membantu penyelidikan dan pembangunan Aulad Bistari Bahasa Malaysia.

Keluhan Ibu 1:
Salam semua..nak join gak discussion ni..ank saya tahun 2011 ni masuk tahun ke 2 ke tadika..masih merangkak utk membaca.tadika dia menggunakan pembelajaran buku XXXX.belajar membaca tanpa perlu blajar ABC.masalah anak sy skang ni pulak ialah bila nmpak contohnyer huruf B...dia akan sebut BA..bukan B...bila BI dia masih juga sebut BA...jadi sy kena mulakan semula dengan ABC..dan buat sndri flashcard..dia boleh dan kenal A-Z tpi tulah C jadi CA..R jadi RA...mcmana tu yea kawan2?ada peapa cadangan...
Apa yang Aulad Bistari boleh bantu?

Penyelesaian 1:











Dalam Aktiviti 4, kami telah membangunkan aktiviti mengenali suku kata 'ba' dengan 'da', 'a' dengan 'ca', 'ha' dengan 'na' dan seterusnya..aktiviti seumpama ini dapat membantu mengatasi masalah ini. Lihat aktiviti di atas.

Penyelesaian 2:

Dalam Aktiviti 1, semua suku kata disusun mengikut turutan abjad.  Kanak2 perlu mengecam setiap satu dengan baik. Masalah suka menghafal tidak timbul, ikuti Aktiviti 2 dimana susunan abjad tadi disusun secara rawak. Ibu bapa perlu bacakan terus suku kata tanpa membebankan mereka dengan bunyi abjad dan perkenalkan suku kata sebagai satu simbol.

Keluhan Ibu 2:
ank lelaki saya telah bersekolah sejak umur 4 thn.sekarang umur dia 5 thn.masalahnya, dia tau sebut ABC, 123 termasuk dlm BI, tp bla suh tulih..dia x tau..kalu nk ajo (saya cpt marah) tmbh plak dia main2, mlm je pon yg ada..dan slalunya dh letih..masing2 bt hal sendiri..mlm x de blajar lgsg..n ni adalah silap saya..then..umo 5 thn ni baru nk ajr secara konsisten blk..mcmana ye kwn2..sila bantu saya
Penyelesaiannya:











Masalah ini mungkin timbul kerana pertama tabii kanak2, kekuatan dan tenaga. Tetapi ia mudah diselesaikan bila mereka 'ada mood' semula mungkin selepas bangun dari tidur atau makan makanan kegemaran.Tetapi punca kedua paling biasa didengari, aktiviti yang dilalui diatas kertas itu sendiri. Bagaimana sekiranya kita berikan kepada mereka semua abjad yang perlu diwarnakan.Warna dapat menarik minat untuk menulis.
Biarkan mereka berimaginasi sendiri ketika mewarnakan huruf2 tersebut! Perlu diingat jangan terlalu banyak, boleh juga menimbulkan kebosanan.

Keluhan Ibu 3:
Assalamualaikum..minat nak join la pasai topik ni..anak saya yg 1st bulan 4 ni genap 4 tahun..so far abc dan 123 boleh igt....menulis huruf abc pun boleh..123 pun bole..tp x brapa nice sgt tulisan dan rupa abc dan 123 nyer...asalkan cube kan....:) and then so far Quran dan 20 surah dah dia hafal.....tetapi masalahnya bila diajukan padanya abc dan 1234 secara rambang dia masih x dapat kenal....kenapa yer..baca pun saya x tekan kan lagi coz macam yg saya ckp td abc masih tertukar..hafal bole plak.hehehehe..apa masalahnya yee..plz kawan2.....bg pandangan dan pendapat...
Penyelesaiannya:
 
 

 
Memang ini fitrah dan kebolehan semulajadi kanak2 mudah menerima dan cepat belajar. kordinasi tangan yang betul ketika menulis sangat penting untuk mendapatkan tulisan yang cantik. Aulad Bistari membawakan 8 set aktiviti Pra-tulis dan kebanyakan aktiviti menulis suku kata dan  mencantum 99% adalah aktiviti yang menuntut kemahiran mereka sepenuhnya.


Saturday 23 April 2011

Siapa boleh bantu???

Salam Hormat,

Siapa boleh bantu untuk mencari beberapa perkataan yang bermula daripada suku kata berikut?
Perkataan yang diberi pula, mestilah tergolong dari kalangan benda atau binatang.
Contohnya; perkataan yang bermula dengan suku kata 'bua' ialah 'buaya'.

Perkataan yang dicari adalah bermula dengan suku kata di bawah;
1. ia
2. bia
3. cia
4. dia
5. fia
6. gia
7. hia
8. jia
9. kia
10. lia

Cukuplah setakat ini, agak memeningkan kepala juga yer!..Jika ada, masukkan sahaja di ruangan komen dibawah. Jika anda rasa agak stress dengan soalan ini juga luahkan sahaja!. Mungkin tiada perkataan tergolong dalam kategori benda yang bermula dengan suku kata yang diberi. Segala kerjasama anda, saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Selamat Mencuba!

Wednesday 20 April 2011

Buku1 'Aulad Bistari' Sudap Siap?

Kami sangat mengalu-alukan kepada mana-mana guru sekolah, tadika atau pra-sekolah seluruh Malaysia dan ibu bapa atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi testimoni pada Buku 1 Aulad Bistari.
Terima Kasih.

Tuesday 19 April 2011

Bukan bakul tetapi raga!

Aktiviti 7:
  • Berbantu gambar, kanak-kanak berupaya melengkapkan perkataan dengan suku kata yang tertinggal.
  • Kanak-kanak dapat meluaskan kosa kata. 
  • Contohnya; bakul ditukar kepada raga. Bukan jaring tetapi jala.

Mari mewarna suku kata

Aktiviti 4:
  • Aktiviti ini mengalakkan kanak-kanak berusaha mengecam setiap bunyi suku kata
  • Kanak-kanak mewarna sambil menghayati pola atau rupa bentuk suku kata yang dipelajari
Terdapat 5 latihan aktiviti seumpama ini, nantikan semuanya dalam Buku 1 Aulad Bistari.
Jangan lupa, copy dan paste untuk cetak!

Sunday 17 April 2011

Suku Kata Bahasa Malaysia Versi Buku

Assalamualaikum w.b.t..
 
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Buku  Suku Kata Bahasa Melayu ImsmartKids .

Ya, dapatkan versi buku suku kata Bahasa Melayu yang mengandungi  52 muka surat meliputi;
  • suku kata terbuka
  • diftong
  • suku kata tertutup
Muka depan buku suku kata
Sedutan suku kata  daripada 52 muka surat
  Jangan lepaskan peluang ini kerana ia sangat berguna untuk dimanfaatkan untuk anak-anak di rumah! 
Juga kepada guru-guru tadika, guru sekolah, guru taska, guru tuisyen, tutor atau sebagainya boleh dijadikan bahan bantu mengajar.


 Bagaimana untuk mendapatkan BUKU Suku Kata Bahasa Melayu IMSMARTKIDS ini?

 SMS pertanyaan ke 0149285411
PADA HARGA CUMA RM20 SAHAJA!



Saturday 16 April 2011

Kenali suku kata

Aktiviti 4:
  • Kanak-kanak sering keliru akan rupa bentuk beberapa suku kata yang kelihatan sama
  • Aktiviti ini mengukuhkan lagi daya ingatan dan memperbetulkan kefahaman kanak-kanak terhadap apa yang mereka fikirkan

Aktiviti Menulis Suku Kata

Aktiviti 3:
  • Kanak-kanak berupaya menulis dengan betul  mengikut apa yang disebut.
  • Memberi kemahiran dan latihan menulis yang secukupnya
  • Pada masa ini, kanak-kanak telah berjaya mengenali setiap suku kata dan menulis dengan betul.
Wajah baru Aktiviti 3- dimana pra-tulis ditambah, ia lebih mesra bagi memudahkan kanak-kanak yang baru pertama kali memegang pensel.

Nantikan juga pembaikan lain yang bakal kami muat naik bagi meningkatkan kualiti buku aktiviti ini!

Thursday 14 April 2011

Pra - tulis (Aktiviti 8)

Bahagian Pra - Tulis

Aktiviti 8:
  • Memantapkan lagi kordinasi tangan dengan menulis abjad-abjad secara matang.
  • Pada masa ini kanak-kanak sudah boleh mengingat pola sesuatu abjad.
  • Lakaran menggunakan pensel menunjukkan aktiviti ini adalah serius sebelum melangkah ke aktiviti yang lebih mencabar.

Pra - tulis (Aktiviti 5)

Bahagian Pra tulis

Aktiviti 5:
  • Membentuk kordinasi tangan yang bagus semasa menulis
  • Membina keyakinan diri semasa menulis apabila kanak-kanak berupaya dan yakin mencantumkan titik2 putus menjadi satu gambaran yang bermakna.
 Ada terdapat 7 latihan pra-tulis di dalam siri ini. Nantikan sehingga set lengkap ini siap sepenuhnya.

Wednesday 13 April 2011

Ujian 10 - pa,pi,pu,pe,po,pe

Ujian 10 :
  • Menguji sejauh mana kanak-kanak boleh mengenalpasti suku kata dari pelbagai kategori bunyi dan huruf yang kelihatan seakan sama
  • Ujian berdasarkan gambar membantu kanak-kanak sebagai bahan ransangan

Kraf kreatif - Penanda pintu

Bosan tak tahu nak buat apa dengan anak-anak waktu hujung minggu???
Jom cuba buat penanda pintu!






















Dipetik daripada: Kraf Kreatif kompilasi Majalah Bintang.

Bagaimana nak buat?
1. Potong polisterin bentuk papan dan daun.
2. Warnakan papan dan biarkan kering.
3. Warnakan daun dengan warna hijau
4. Letakkan daun pada papan bersama kumbang. Lekatkan juga bunga.
5.Tebuk lubang dan ikatkan reben sebagai tali penggantung.

Selamat Mencuba.

Cari perkataan tersembunyi


Aktiviti 8:
  • Mengukuhkan lagi daya ingatan kanak-kanak dengan mengulang sebut apa yang dicari semasa mencari perkataan tersembunyi.
  • Memastikan kanak-kanak mengenali apa yang disebut dengan apa yang dilihat adalah berpadanan.
  • Memastikan kanak-kanak tidak keliru dengan pelbagai suku kata walaupun mempunyai kategori bunyi yang sama.
Jom cuba!!!

Ada banyak lagi aktiviti seperti ini dalam Siri Cepat Baca & Tulis BALIS









Tuesday 12 April 2011

Suku kata terbuka - a

AKTIVITI 1:
  • Mengatasi masalah dimana kanak-kanak terbeban untuk mengenali semua abjad terlebih dahulu sebelum dapat mengeja.
  • Membaca menjadi lebih mudah dengan hanya mengenali semua kategori bunyi yang sama pada satu-satu masa.
  • Huruf besar dan kecil bukan satu halangan, ia mempunyai bunyi yang sama.
Perhatian: Guru / ibu bapa perlu memperkenalkan kepada kanak-kanak akan setiap bunyi suku kata.
Minta mereka lihat dan sebut suku kata.








Monday 11 April 2011

Si kecil anda lambat membaca???

Sebagai ibu bapa yang mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada anak-anak, 
tentunya masalah si kecil lambat membaca merupakan salah satu daripada kegusaran semua ibubapa.  Sebelum Aulad Bistari memperkenalkan teknik dan latihan cepat baca dan tulis, jom kita kongsi sama-sama! Apa komen anda???

Pernah tak kita menghadapi masalah seperti ini?

1. Sudah banyak kali saya ajar dia abjad-abjad ABC, tapi dia tetap juga menyatakan 'a' adalah 'c', 'm' adalah 'n' atau 'n' adalah 'h' dan 'v' disebut 'w'...

2. Anak saya kenal semua abjad,..tapi tak tahu bunyinya bila lepas mengeja satu-satu perkataan

3. Anak saya tidak boleh melihat terlalu lama buku-buku dia, dia cepat bosan atau lansung tidak melihat apa yang dibaca dan disebutnya

4. Jangan ulang lagi 'abang' dah penat! nak tulis ajer...

5. Hari ni baca, esok lupa..

6. Boleh baca, tak boleh tulis...boleh tulis tak boleh baca

7. Terlupa abjad, jadi..tak boleh nak mengeja malah sebutan phonicsnya juga dah terlupa..

Ini adalah antara sedikit masalah yang dapat saya coretkan, tentunya ada sesiapa yang boleh kongsikan masalah ini. Jom coret!!!..