Wednesday 27 April 2011

Aulad Bistari Dan Masalah Anak Anda!


Berikut ini saya cut and paste beberapa masalah yg dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa di Malaysia, terutama pada usia pertama anak mengenali huruf.

Persoalan ini banyak membantu penyelidikan dan pembangunan Aulad Bistari Bahasa Malaysia.

Keluhan Ibu 1:
Salam semua..nak join gak discussion ni..ank saya tahun 2011 ni masuk tahun ke 2 ke tadika..masih merangkak utk membaca.tadika dia menggunakan pembelajaran buku XXXX.belajar membaca tanpa perlu blajar ABC.masalah anak sy skang ni pulak ialah bila nmpak contohnyer huruf B...dia akan sebut BA..bukan B...bila BI dia masih juga sebut BA...jadi sy kena mulakan semula dengan ABC..dan buat sndri flashcard..dia boleh dan kenal A-Z tpi tulah C jadi CA..R jadi RA...mcmana tu yea kawan2?ada peapa cadangan...
Apa yang Aulad Bistari boleh bantu?

Penyelesaian 1:











Dalam Aktiviti 4, kami telah membangunkan aktiviti mengenali suku kata 'ba' dengan 'da', 'a' dengan 'ca', 'ha' dengan 'na' dan seterusnya..aktiviti seumpama ini dapat membantu mengatasi masalah ini. Lihat aktiviti di atas.

Penyelesaian 2:

Dalam Aktiviti 1, semua suku kata disusun mengikut turutan abjad.  Kanak2 perlu mengecam setiap satu dengan baik. Masalah suka menghafal tidak timbul, ikuti Aktiviti 2 dimana susunan abjad tadi disusun secara rawak. Ibu bapa perlu bacakan terus suku kata tanpa membebankan mereka dengan bunyi abjad dan perkenalkan suku kata sebagai satu simbol.

Keluhan Ibu 2:
ank lelaki saya telah bersekolah sejak umur 4 thn.sekarang umur dia 5 thn.masalahnya, dia tau sebut ABC, 123 termasuk dlm BI, tp bla suh tulih..dia x tau..kalu nk ajo (saya cpt marah) tmbh plak dia main2, mlm je pon yg ada..dan slalunya dh letih..masing2 bt hal sendiri..mlm x de blajar lgsg..n ni adalah silap saya..then..umo 5 thn ni baru nk ajr secara konsisten blk..mcmana ye kwn2..sila bantu saya
Penyelesaiannya:











Masalah ini mungkin timbul kerana pertama tabii kanak2, kekuatan dan tenaga. Tetapi ia mudah diselesaikan bila mereka 'ada mood' semula mungkin selepas bangun dari tidur atau makan makanan kegemaran.Tetapi punca kedua paling biasa didengari, aktiviti yang dilalui diatas kertas itu sendiri. Bagaimana sekiranya kita berikan kepada mereka semua abjad yang perlu diwarnakan.Warna dapat menarik minat untuk menulis.
Biarkan mereka berimaginasi sendiri ketika mewarnakan huruf2 tersebut! Perlu diingat jangan terlalu banyak, boleh juga menimbulkan kebosanan.

Keluhan Ibu 3:
Assalamualaikum..minat nak join la pasai topik ni..anak saya yg 1st bulan 4 ni genap 4 tahun..so far abc dan 123 boleh igt....menulis huruf abc pun boleh..123 pun bole..tp x brapa nice sgt tulisan dan rupa abc dan 123 nyer...asalkan cube kan....:) and then so far Quran dan 20 surah dah dia hafal.....tetapi masalahnya bila diajukan padanya abc dan 1234 secara rambang dia masih x dapat kenal....kenapa yer..baca pun saya x tekan kan lagi coz macam yg saya ckp td abc masih tertukar..hafal bole plak.hehehehe..apa masalahnya yee..plz kawan2.....bg pandangan dan pendapat...
Penyelesaiannya:
 
 

 
Memang ini fitrah dan kebolehan semulajadi kanak2 mudah menerima dan cepat belajar. kordinasi tangan yang betul ketika menulis sangat penting untuk mendapatkan tulisan yang cantik. Aulad Bistari membawakan 8 set aktiviti Pra-tulis dan kebanyakan aktiviti menulis suku kata dan  mencantum 99% adalah aktiviti yang menuntut kemahiran mereka sepenuhnya.


2 comments:

  1. salam to all mommy......

    Anak saya dah 6 tahun....alhamdulliah dia dah pandai baca bahasa melayu tapi bahasa inggeris agak susah...
    saya ada beli read easy.....tapi still lambat....pls give some idea.....tq

    ReplyDelete
  2. Wasalam..
    saya ingin menyuarakan sedikit pandangan. Terlebih dahulu tahniah kerana puan berjaya mendidik anak puan untuk membaca dalam usia awal. Juga tahniah kerana anak puan memang seorang kanak2 yang bijak.

    Saya tidak melihat ini sebagai satu masalah kerana seperti yg puan katakan dia sudah boleh membaca bahasa melayu dengan baik. Ini bermakna anak puan mempunyai potensi yang baik untuk mempelajari lain2 bahasa.

    Utk pengetahuan puan, kanak2 pada usia 4 tahun berpotensi menguasai 1500 kosa kata dan meningkat kepada 4 500 kosa kata pada usia 6 sehingga 7 tahun.Ini bermakna, bahasa bukan masalah tetapi cara mempelajari bahasa itu sendiri.

    Saya yakin sekiranya di rumah bahasa penghantar adalah bahasa inggeris sepenuhnya ada kemungkinan anak puan lebih cepat berbahasa inggeris.

    Ilmu laguni (mendengar) yang diperolehi oleh kanak-kanak lebih mudah diserap dan secara tanpa sedar mereka boleh membaca kerana pernah mendengar apa yang akan dibaca.

    Melalui pengalaman saya juga; mendapati kanak2 akan mencapai tahap pesat selepas 6 bulan pertama sesi persekolahan. Mereka akan berkembang selaras dengan perkembangan otak dan fizikal.

    Pd pandangan sy, puan perlu teruskan sahaja pembacaan sambil mencari kaedah yang kreatif mengikut minat anak.Tanyakan pada anak apa yang dia suka, buatkan aktiviti itu sebagai satu sesi belajar bahasa inggeris. Contohnya; suka makan ais krim. Minta anak melukis ais krim, warnakan dan tulis dalam bahasa inggeris. kemudian jika berjaya upah membeli ais krim!

    Bagaimanapun ini cuma satu contoh, ada banyak lagi cara lain menarik minat mereka.Secara lebih khusus, pastikan anak juga minat pada buku yang digunakan.
    Faktor persekitaran sangat penting mempengaruhi persepsi kanak2. Buku adalah medium kedua sumber pembelajaran dimana pembelajaran secara verbal lebih berkesan.

    Berikut ini saya senaraikan beberapa masalah umum yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :
    1. Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
    2. Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
    3. Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.
    4. Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
    5. Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.
    6. Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
    7. Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
    8. Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.

    moga dengan pemguraian masalah2 ini dapat membantu kita sama2 mcari jln penyelesaiannya..insyallah

    ReplyDelete