Aktiviti:
Cari huruf-huruf I,F,T dan E. Mengapa? Melalui kajian penulis selama lebih 3 tahun, ini juga merupakan kekeliruan otak mentafsir huruf-huruf tersebut (ia berlaku pada sebahagian besar kumpulan kanak-kanak).
Justeru aktiviti seumpama ini icipta bagi mengatasi masalah ini.
Tuesday, 24 May 2011
Wednesday, 18 May 2011
Lagi ciri-ciri unik!
Aktiviti:
Kekeliruan otak mentafsir rupa bentuk bagi setiap huruf berikut seperti b, d, g, y, m, n, p, q menyebabkan kanak-kanak lambat membaca. Aktiviti diatas direka cipta bagi memberikan latihan yang mencukupi kepada kanak-kanak. Ada latihan lain seumpama ini di dalam BALIS 1 seperti menulis semula huruf2 ini dan mengenali perkataan yang bermula dengan huruf2 tersebut. Cut and paste dan cubakan aktiviti ini di rumah.
Sunday, 15 May 2011
Friday, 29 April 2011
Cari yang ini pula!
Salam Hormat,
Sudah pening kepala mencari perkataan yang bermula dengan asas 'ia' bagaimana kita beralih ke asas 'ua'
Tak mengapa, mari kita cuba yang dibawah ini.
Contohnya 'bua' iaitu 'buaya'. Lain-lain cuba lengkapkan di bawah;
1. bua
2.cua
3.dua
4.gua
5. hua
6.jua
7.kua
8.lua
9.mua
10.pua
Selamat Mencuba!!!
Sudah pening kepala mencari perkataan yang bermula dengan asas 'ia' bagaimana kita beralih ke asas 'ua'
Tak mengapa, mari kita cuba yang dibawah ini.
Contohnya 'bua' iaitu 'buaya'. Lain-lain cuba lengkapkan di bawah;
1. bua
2.cua
3.dua
4.gua
5. hua
6.jua
7.kua
8.lua
9.mua
10.pua
Selamat Mencuba!!!
Wednesday, 27 April 2011
Aulad Bistari Dan Masalah Anak Anda!
Berikut ini saya cut and paste beberapa masalah yg dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa di Malaysia, terutama pada usia pertama anak mengenali huruf.
Persoalan ini banyak membantu penyelidikan dan pembangunan Aulad Bistari Bahasa Malaysia.
Keluhan Ibu 1:
Salam semua..nak join gak discussion ni..ank saya tahun 2011 ni masuk tahun ke 2 ke tadika..masih merangkak utk membaca.tadika dia menggunakan pembelajaran buku XXXX.belajar membaca tanpa perlu blajar ABC.masalah anak sy skang ni pulak ialah bila nmpak contohnyer huruf B...dia akan sebut BA..bukan B...bila BI dia masih juga sebut BA...jadi sy kena mulakan semula dengan ABC..dan buat sndri flashcard..dia boleh dan kenal A-Z tpi tulah C jadi CA..R jadi RA...mcmana tu yea kawan2?ada peapa cadangan...
Apa yang Aulad Bistari boleh bantu?
Penyelesaian 1:
Dalam Aktiviti 4, kami telah membangunkan aktiviti mengenali suku kata 'ba' dengan 'da', 'a' dengan 'ca', 'ha' dengan 'na' dan seterusnya..aktiviti seumpama ini dapat membantu mengatasi masalah ini. Lihat aktiviti di atas.
Penyelesaian 2:

Dalam Aktiviti 1, semua suku kata disusun mengikut turutan abjad. Kanak2 perlu mengecam setiap satu dengan baik. Masalah suka menghafal tidak timbul, ikuti Aktiviti 2 dimana susunan abjad tadi disusun secara rawak. Ibu bapa perlu bacakan terus suku kata tanpa membebankan mereka dengan bunyi abjad dan perkenalkan suku kata sebagai satu simbol.
Keluhan Ibu 2:
ank lelaki saya telah bersekolah sejak umur 4 thn.sekarang umur dia 5 thn.masalahnya, dia tau sebut ABC, 123 termasuk dlm BI, tp bla suh tulih..dia x tau..kalu nk ajo (saya cpt marah) tmbh plak dia main2, mlm je pon yg ada..dan slalunya dh letih..masing2 bt hal sendiri..mlm x de blajar lgsg..n ni adalah silap saya..then..umo 5 thn ni baru nk ajr secara konsisten blk..mcmana ye kwn2..sila bantu saya
Penyelesaiannya:Masalah ini mungkin timbul kerana pertama tabii kanak2, kekuatan dan tenaga. Tetapi ia mudah diselesaikan bila mereka 'ada mood' semula mungkin selepas bangun dari tidur atau makan makanan kegemaran.Tetapi punca kedua paling biasa didengari, aktiviti yang dilalui diatas kertas itu sendiri. Bagaimana sekiranya kita berikan kepada mereka semua abjad yang perlu diwarnakan.Warna dapat menarik minat untuk menulis.
Biarkan mereka berimaginasi sendiri ketika mewarnakan huruf2 tersebut! Perlu diingat jangan terlalu banyak, boleh juga menimbulkan kebosanan.
Keluhan Ibu 3:
Assalamualaikum..minat nak join la pasai topik ni..anak saya yg 1st bulan 4 ni genap 4 tahun..so far abc dan 123 boleh igt....menulis huruf abc pun boleh..123 pun bole..tp x brapa nice sgt tulisan dan rupa abc dan 123 nyer...asalkan cube kan....:) and then so far Quran dan 20 surah dah dia hafal.....tetapi masalahnya bila diajukan padanya abc dan 1234 secara rambang dia masih x dapat kenal....kenapa yer..baca pun saya x tekan kan lagi coz macam yg saya ckp td abc masih tertukar..hafal bole plak.hehehehe..apa masalahnya yee..plz kawan2.....bg pandangan dan pendapat...
Penyelesaiannya:

Memang ini fitrah dan kebolehan semulajadi kanak2 mudah menerima dan cepat belajar. kordinasi tangan yang betul ketika menulis sangat penting untuk mendapatkan tulisan yang cantik. Aulad Bistari membawakan 8 set aktiviti Pra-tulis dan kebanyakan aktiviti menulis suku kata dan mencantum 99% adalah aktiviti yang menuntut kemahiran mereka sepenuhnya.
Saturday, 23 April 2011
Siapa boleh bantu???
Salam Hormat,
Siapa boleh bantu untuk mencari beberapa perkataan yang bermula daripada suku kata berikut?
Perkataan yang diberi pula, mestilah tergolong dari kalangan benda atau binatang.
Contohnya; perkataan yang bermula dengan suku kata 'bua' ialah 'buaya'.
Perkataan yang dicari adalah bermula dengan suku kata di bawah;
1. ia
2. bia
3. cia
4. dia
5. fia
6. gia
7. hia
8. jia
9. kia
10. lia
Cukuplah setakat ini, agak memeningkan kepala juga yer!..Jika ada, masukkan sahaja di ruangan komen dibawah. Jika anda rasa agak stress dengan soalan ini juga luahkan sahaja!. Mungkin tiada perkataan tergolong dalam kategori benda yang bermula dengan suku kata yang diberi. Segala kerjasama anda, saya dahului dengan ribuan terima kasih.
Selamat Mencuba!
Siapa boleh bantu untuk mencari beberapa perkataan yang bermula daripada suku kata berikut?
Perkataan yang diberi pula, mestilah tergolong dari kalangan benda atau binatang.
Contohnya; perkataan yang bermula dengan suku kata 'bua' ialah 'buaya'.
Perkataan yang dicari adalah bermula dengan suku kata di bawah;
1. ia
2. bia
3. cia
4. dia
5. fia
6. gia
7. hia
8. jia
9. kia
10. lia
Cukuplah setakat ini, agak memeningkan kepala juga yer!..Jika ada, masukkan sahaja di ruangan komen dibawah. Jika anda rasa agak stress dengan soalan ini juga luahkan sahaja!. Mungkin tiada perkataan tergolong dalam kategori benda yang bermula dengan suku kata yang diberi. Segala kerjasama anda, saya dahului dengan ribuan terima kasih.
Selamat Mencuba!
Wednesday, 20 April 2011
Buku1 'Aulad Bistari' Sudap Siap?
Kami sangat mengalu-alukan kepada mana-mana guru sekolah, tadika atau pra-sekolah seluruh Malaysia dan ibu bapa atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi testimoni pada Buku 1 Aulad Bistari.
Terima Kasih.
Tuesday, 19 April 2011
Bukan bakul tetapi raga!
Aktiviti 7:
- Berbantu gambar, kanak-kanak berupaya melengkapkan perkataan dengan suku kata yang tertinggal.
- Kanak-kanak dapat meluaskan kosa kata.
- Contohnya; bakul ditukar kepada raga. Bukan jaring tetapi jala.
Mari mewarna suku kata
Aktiviti 4:
Jangan lupa, copy dan paste untuk cetak!
- Aktiviti ini mengalakkan kanak-kanak berusaha mengecam setiap bunyi suku kata
- Kanak-kanak mewarna sambil menghayati pola atau rupa bentuk suku kata yang dipelajari
Jangan lupa, copy dan paste untuk cetak!
Sunday, 17 April 2011
Suku Kata Bahasa Malaysia Versi Buku
Assalamualaikum w.b.t..
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Buku Suku Kata Bahasa Melayu ImsmartKids .
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Buku Suku Kata Bahasa Melayu ImsmartKids .
Ya, dapatkan versi buku suku kata Bahasa Melayu yang mengandungi 52 muka surat meliputi;
- suku kata terbuka
- diftong
- suku kata tertutup
![]() |
| Muka depan buku suku kata |
| Sedutan suku kata daripada 52 muka surat |
Jangan lepaskan peluang ini kerana ia sangat berguna untuk dimanfaatkan untuk anak-anak di rumah!
Juga kepada guru-guru tadika, guru sekolah, guru taska, guru tuisyen, tutor atau sebagainya boleh dijadikan bahan bantu mengajar.
Bagaimana untuk mendapatkan BUKU Suku Kata Bahasa Melayu IMSMARTKIDS ini?
SMS pertanyaan ke 0149285411
PADA HARGA CUMA RM20 SAHAJA!
Subscribe to:
Posts (Atom)










